Saturday, November 21, 2009

Headcount 2010

Perjumpaan Semua Guru Mata Pelajaran Teras dan Pendidikan Islam

Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi (guru sesi pagi)
9.30 pagi (guru sesi petang)
Tempat : Makmal Komputer 1 (atas)
Guru Bertanggungjawab : Puan Tamil Chelvi

Guru-guru dan penyelaras aliran dikehendaki menyiapkan TOV dan ETR bagi tahun 2010. Perbincangan dengan ketua panitia serta guru-guru yang mengajar adalah perlu.

Sekian, harap maklum.


Thursday, November 19, 2009

Result UPSR

Tahniah diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 SKSP yang telah berjaya dalam UPSR 2009

Tuesday, November 10, 2009


Alor Star, 9 Nov - 88 orang murid Tahun 4 telah menyertai lawatan sambil belajar ke Alor Star, Kedah. Antara tempat lawatan yang telah dijadualkan ialah Pusat Sains Negara, Muzium Padi dan Tanjung Dawai.


Lawatan tersebut dimulakan dengan Pusat Sains Negara yang baru dibuka dan belum lagi dirasmikan. Murid-murid disambut dengan satu pertunjukkan sains di aras bawah Pusat Sains tersebut. Seterusnya murid-murid dibawa ke galeri sains yang menempatkan pelbagai aktiviti sains yang dibawa terus dari Petrosains Kuala Lumpur. Murid-murid begitu teruja dengan mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan. Selain aktiviti-aktiviti yang disediakan, turut juga disertai dengan Program Petronas Street Smart yang menampilkan aspek-aspek keselamatan jalanraya.
Seterusnya murid-murid bergerak ke Muzium Padi yang terletak berhampiran dengan Pusat Sains Negara tersebut. Di Muzium Padi, murid-murid dipertontonkan susasana pandangan dari puncak bukit melihat mural yang berpandangan sebenar sekitar Alor Star yang dikelilingi oleh sawah padi. Di Tingkat bawahnya pula, murid-murid dapat melihat peralatan tradisional yang digunakan oleh petani-petani untuk menanam dan menuai padi.
Akhir sekali, dalam perjalanan pulang, rombongan berhenti sekejap di Tanjung Dawai untuk memberi peluang kepada murid-murid membeli sedikit barangan seperti keropok ikan untuk dibawa pulang ke rumah.







SKSP, 3 Nov - A team of USM Moving Laboratory consists lecturers, staffs and students were in Kuala Muda / Yan district. 6 schools had been chosen as to launch the Science Moving Laboratory as a community programme to get closer to rural areas' pupils. 11 stations had been set up involving 11 groups of year 6 pupils. The 11 groups of pupils moved to each of the station and they had to complete a task given. At the end of the programme, the pupils had to answer a set of questions consist what they have learnt while they were moving around to each station.

Welcome

WELCOME
SELAMAT DATANG
Let us share.. d infos and d joys