Tuesday, November 10, 2009


Alor Star, 9 Nov - 88 orang murid Tahun 4 telah menyertai lawatan sambil belajar ke Alor Star, Kedah. Antara tempat lawatan yang telah dijadualkan ialah Pusat Sains Negara, Muzium Padi dan Tanjung Dawai.


Lawatan tersebut dimulakan dengan Pusat Sains Negara yang baru dibuka dan belum lagi dirasmikan. Murid-murid disambut dengan satu pertunjukkan sains di aras bawah Pusat Sains tersebut. Seterusnya murid-murid dibawa ke galeri sains yang menempatkan pelbagai aktiviti sains yang dibawa terus dari Petrosains Kuala Lumpur. Murid-murid begitu teruja dengan mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan. Selain aktiviti-aktiviti yang disediakan, turut juga disertai dengan Program Petronas Street Smart yang menampilkan aspek-aspek keselamatan jalanraya.
Seterusnya murid-murid bergerak ke Muzium Padi yang terletak berhampiran dengan Pusat Sains Negara tersebut. Di Muzium Padi, murid-murid dipertontonkan susasana pandangan dari puncak bukit melihat mural yang berpandangan sebenar sekitar Alor Star yang dikelilingi oleh sawah padi. Di Tingkat bawahnya pula, murid-murid dapat melihat peralatan tradisional yang digunakan oleh petani-petani untuk menanam dan menuai padi.
Akhir sekali, dalam perjalanan pulang, rombongan berhenti sekejap di Tanjung Dawai untuk memberi peluang kepada murid-murid membeli sedikit barangan seperti keropok ikan untuk dibawa pulang ke rumah.







No comments:

Post a Comment